1
kata puitis ini
ku tuliskan ketika aku tahu
bahawa kau takkan jadi milikku
kata puitis ini
ku tuliskan berjilid padu
betapa dalamnya perasaan itu
kata puitis ini
ku tuliskan semua yang lahir dari hati
betapa ku harap kau fahami
2
kata puitis ini
pernah aku tinggalkan sendiri
kerana kau telah menjadi tempat aku berkongsi
kata puitis ini
pernahku simpan dalam memori
kerana telah terzahirnya perasaan suci
3
kata puitis ini
kini aku tuliskan kembali
ketika aku terasa begitu sepi
kata puitis ini
kini menjadi berjilid lagi
ketika kau tidak lagi di sisi
kata puitis ini
kini menjadi madah berseni
hanya menyentuh hati yang memahami
******
tahukah kamu
aku masih merinduimu
andai kau pernah tahu
pasti aku tidak menulis kata puitis ini di sini
*tahukah kamu.. aku kini begitu sunyi*
3 comments:
mak gua kata...sepi mengajar bahasa cinta...tapi gua kata...sepi buat gua gila seketika..
yg terbaik selalunya dtg hari esok kot..
hahha sepi bt jadi gile ker?
mintak2 dia baca
Post a Comment