20110827

The Despicable Beauty

a mouldy brick 



orchid vines



wormy-like plant's root



the drainage



domestic nature
august 27
9 a.m
XOXO, bunbun

20110823

Giveaway kad raya dari abam Lah VE versi New Zealand!


Kahkahh. Geli yaw baca tajuk entry XD anyway ni GA pertama dalam blog ni. Tah apa pasal tah mengigau nak join GA. Yang penting aku nak kad raya tueeeeeeeeeeeeee. Ohmaigoatt. ßkesian dah lama tak dapat kad raya. So hopefully abang addy yang comel macam lah VE boleh lah buat-buat terpilih saya untuk menerima kad raya itu hakhakk.







Nak join klik sini nohh





p/s kalau nak kontek tu biaq awal-awal sikit ke. 
takut nak balik kampung jeaaaa ßPerasan boleh dapat XD


Ramadhan




Sesuatu yang dinanti sedang tiba
Kurniaan yang ditunggu sedang menjelma





Moga aku kan berusaha
Mencari keharuman syurga
Berlumba menambah pahala
Dan zikir* merantai jiwa





Moga aku kan bersama
Mukmin-mukmin yang Kau redha
Mendamba sesuatu yang berbeza
Dari Ramadhan yang sama





Moga takkan disia-sia
Sebuah kemenangan yang mulia
Doa seorang hamba yang hina
Kepada Tuhannya Sang Pencipta





Rabu 11.40 malam
12 sept 2007
30 Sya’ban 1428H






taken from :

BILA SENDIRIAN


200511 KK12 8.20PM




bila sendirian
baru terasa kerdilnya aku
tak siapa mendengarkan
tak siapa pedulikan






bila sendirian
baru terasa mahu bersujud
berharap pada Yang Satu
meminta pada Yang Kuasa






bila sendirian
baru hati lunak terbentuk
air mata menyesali dosa
jiwa haru terkenang noda






bila sendirian
baru sedar kekuasaan tuhan
kerana cinta-Nya kita di dunia
kerana cinta-Nya, kembali jua






bila sendirian
baru teringat sakitnya mati
dunia indah kan ditinggalkan
kelak tetap akan sendirian...






taken from:

MAGICIAN 2#

sekali terlihat kamu
terpikat pada bakatmu






dua kali terlihat kamu
tak percaya kau didepanku






tiga kali terlihat kamu
aku pasti itulah kamu!






empat kali terlihat kamu
kamu pula menegur aku :)









taken from:

MAGICIAN 1# - mimpi palsu



Antara aku dan kamu
Yang ada hanya kisah yang satu
Di mana aku temui kamu
Kamu yang membuatku tersenyum jitu





Antara aku dan kamu
Bukanlah persahabatan menjadi janji
Yang ada hanya mimpi palsu
Entah bila akan terealisasi




Antara aku dan kamu
Hanya bertegur tika bertemu
Siapalah aku mengharap kamu
Setiap hari menghibur aku





Antara aku dan kamu
Hanya aku mengagumi kamu
Senyap-senyap menjadi pemujamu
Walaupun hanya dalam mimpi palsu




AM 1.29 101208







taken from:

UNTITLED 6# - tanpamu

Cinta itu membuat aku kukuh
Aku bangun setelah jatuhku
Cinta itu menjadikan hatiku teguh
Tiupkan semangat dalam hidupku




Kini, setelah kau pergi
Aku masih lagi mencari
Mencari kekuatan di dalam diri
Agar hati tidakkan rapuh lagi





Ketika sepi merajai diri
Aku masih merindui kamu
Hanya mampu kotakan janji
Terus tersenyum walau tanpamu








taken from:


UNTITLED 5# - hanya bahagia





Setiap kali aku melewati kenangan kita
Apa yang kurasa adalah bahagia
Biarkan yang pahit itu hilang semua
Sentiasa kuyakin ada hikmahnya..


:)






taken from:

UNTITLED 4# - cun saja



Dalam hati yang membeku
Beku namamu bersama di situ
Hati itu kini tidak lagi mengenal pilu
Kerana yang aku tinggalkan hanya kenangan jitu
:)




taken from:

UNTITLED 3# - gadis biasa



Aku gadis tiada rupa seberapa
Tidak boleh kau banggakan juga
Apalah adanya,kerana ia kan pudar juga




Bibirku tiada kata manis berbisa
Tidak mungkin kuukir di tugu cinta
Apalah adanya, sekadar kata-kata




Aku hanya punya hati pencinta
Andai kau berikan aku bahagia
Akan ku buktikan dengan setia






Karya celaru hati haru biru 3# - KISAH HATI (the finale)





Hati ini sebenarnya keliru
Hati benar-benar suka kerana suka
Atau suka kerana kesunyian










Hati kata suka kerana kelucuannya
Hati kata suka kerana sikapnya
Tapi hati juga kata dia perlu dimiliki
Tapi kali ini hati kata pelu memiliki kerana sepi









Hati rasa gembira
Kerana hati senang dengan pekertinya
Tapi hati juga menangis
Kerana tahu dia tidak mungkin dimiliki
Tangisan hati itu akhirnya terzahir
Zahirnya pada riak wajah dan air mata 







Hati katakan pada aku
Agar aku luahkan semua
Hati katakan pada aku
Agar aku hentikan rasa
Biar hati tidak lagi terluka








Hati sebenarnya sangat terluka
Bila aku katakan pada dia
BIAR KITA AKHIRKAN SEMUA








Tapi aku tahu juga
Biar hati terluka hari ini
Biar air mata mengalir malam ini
Supaya satu hari nanti
Hati tidakkan lebih terluka









Aku telah katakan pada dia
Aku sukakan dia
Tika itu hati berlagu riang
Dan aku juga telah katakan pada dia
Biar hari ini jadi pengakhirnya
Dan mengapa tika itu hati menjadi pilu?









Gembira kerana menyedari bahawa hati sangat berkenan
Dan pilu kerana hakikat tak bisa memiliki itu sangat menyakitkan









Pada hari aku katakan pada kau
AKU SUKA KAU
Itulah harinya aku menutup kembali pintu hati 









TUHAN, aku pernah minta pada-Mu
Agar bekukan hati ini dari cinta dunia
TUHAN, hari ini kau kabulkanlah sekali lagi
Biar hati ini tenang akhirnya…








8.57 pm 13/5/10
In front of JEANS STUDIO
Jusco serdang




Karya Celaru Hati Haru Biru 2# - HATI KITA ADA TAMAN

Sayang,
Kau kata dalam hati ada taman
ADA
Tapi taman musim luruh
Sedih berpanjangan
Tiada bunga-bunga cinta





Sayang,
Aku kata dalam hati ada taman juga
ADA
Tapi taman musim sejuk
Beku berpanjangan
Tiada bunga-bunga cinta






Bolehkah aku terus berharap
Agar transformasi terjadi
Biar hati kita ada taman musim bunga
Bahagia…





Karya Celaru Hati Haru Biru 1# - BUKA BUKU BARU

Sayang
Akan ku nanti kata cintamu
Biar berkurun akan ku tunggu
Biar berzaman ku takkan lesu
Ku tahu dirimu dalam hatiku





Sayang
Akan kujadi pencinta sejati
Biar hatimu tak pernah sudi
Biar kasihku kau tak pernah cari
Seluruh jiwa akan ku abadi






Sayang
Akan kutunggu dengan setia
Biar hatimu jua kan rela
Biar pintunya luas ku buka
Akan kau lihat tulusnya cinta







Taman tasik biru Kundang, rawang
11.12 malam -ahad- 2542010





taken from here:]

UNTITLED 2#


hati yang jatuh berderai
kerana merindukanmu..
serpihannya jatuh menusuk ruang hitam..
begitu sakit ku rasakan..





hati yang kosong sepi
kerna terlalu memikirkanmu
berjalan jauh dalam kenangan..
sudah ku lupa kau bukan lagi milikku...





hati yang beku tanpa perasaan..
belum bisa melupakanmu..
terbang jauh dalam ingatan..
walau ku tahu takkan pernah berulang..





dulu.
aku ada satu hati
hati yang berbunga-bunga
hati yang tersenyum di saat ada kamu
hati yang sentiasa hidup dengan harapan
hati yang kau jaga sebaiknya





hati aku
begitu mudah kau campak
sepak sepak
tapi ku masih merindukanmu
hati yang pernah kau buang itu
hari ini masih merindukanmu.






Hari ini
Hati aku mencari kasih
Mungkin terselit di kaki lima
Mungkin aku perlu merangkak
Untuk menagih kasihmu










taken from here :]



SATU RASA


satu rasa
rasa yang kau beri
pada malam-malam kelam
pada bintang-bintang terang
kau selalu ada..



satu rasa
rasa yang buatku bahagia
pada kenangan-kenangan silam
pada cerita-cerita semalam
hanya kau dan aku



satu rasa
rasa yang menusuk kecewa
pada hati-hati beku
pada jiwa-jiwa kaku
tiada lagi KITA



satu rasa
rasa yang berlalu pergi
bersama mimpi-mimpi palsu
bersama impian impian itu
tidak lagi percaya
CINTA




28071010054




taken from here :]

UNTITLED 1#




kenapa diri tak pernah diberi peluang
walaupun bahagia sudah lama menanti
kenapa hati masih berpaling ke belakang
ketika di hadapan sedang muncul pelangi…



21/2/10
6.50 a.m 







taken from here :]