20111216

dear Alia - losing my path

whoohooops~ lama gila tak apdet segmen ni. sob.


seperti tajuk di atas, i'm losing my path. chincayo. no kidding.


i went home and found there's no my beloved oyen, i feel like crying. went home and feels "ohh why is my mom is not like other people's mom?" went home and feels "ohh why everybody got mom and dad as both and i only have one" went home and feels not being loved by anybody. everything i do just went wrong. when i do something good, i'm scolded for the good-things-i-didn't do. i'm not rewarded. it just hurt your feeling when you call home to talk to the-only-person-you-have but then he/she told you that he/she is just so busy that they don't even have the time to talk to you. am i really this lonely? or is that just because i'm not grateful enough?


i don't even feel like going home any more.


and why is my friend questioning my reason to always having "faham tak?" at the end of my sentence and the word "entahlah" as i respond to them? why can't they accept me the way i am. why did they jokes around with your habit when it is just the way you are.


Alia, why can't you be besides me. every minutes.




i'm eating krushers at KFC, and to think of someone that will always be regarded as friend. never more.

i'm staring at bright stars on the night sky. and to think of someone that i one loved with all my heart but he betrayed me.

i'm looking at stray cats. and to think of the cats that are not fated to be with me for a longer time.

i'm looking at people who get surrounded with people that love them back. and why i can't even have my beloved dad?

why do i always got separated with the people i love?







i'm losing my path...

20111114

dear alia - mari berstress. HAHAHAHAHA

hey babe. ahaha hari ni i'm stress sebab ada kawan rumet i lepak kat bilik. pastu dorang sembang2 pasal pakwe lah, pasal ex lah. haha pelik betul perempuan ni kan. dah ada pakwe pon still lagi cerita pasal ex ex ni huahua. anyway, bukan sebab tu i stress. AHHA



masa dorang tengah sembang2 tu, i tengah tengok cerita korea. headphone dekat telinga. bila rumet i pergi tandas kan, boleh pulak dia nak sembang dengan i pasal lelaki2 yang i tak kenal langsung tu pon. i stress sebab dia nampak yang i pakai headphone tapi bercakap dengan i macam lah i dengar HAHAHA. stress betul.



yang i dengar cuma satu je, dia panggil i "MUN" bukannye "BUN". alahaaaaaaaaaaaaaiii stress i taw tak. lepas tu bila rumet i dah balik tandas. terus dia stop cakap dengan i pastu sambung balik dengan rumet i. HAHAHA. tak paham betullaaaaaaaa. grrrrrrrrr! tak tahu lah nak marah ke ape ni HAHAHA




mode : stress tengok cerita korea jugak. boleh pulak hero tu main2kan perasaan heroin. grrrrrrrrrrrrr. luka lama berdarah lagi... HAHAHAHA




OKEBAI

20111103

dear alia - medley lagu putus cinta tahap kebangsaan.

why eh? seumur hidup I, I cuma boleh sayang kat one person je? and thus being hurt by the same person again and again, and therefore I got a long list of broken heart song from that everytime I got hurt.


I remember when I was in form 4, it was the the first time he was going to meet me. haritu ada hari koperasi kat sekolah and I kene jaga gerai. dia dah janji nak datang. dia datang, tapi dia balik sebelum sempat jumpa I. lepas tu, I nangis dekat pintu pagar sekolah. sepanjang petang tu I layan lagu Yovie&Nuno - menjaga hati. you know, betapa I sayangkan dia :')


and this one is not from a broken heart episode, tapi the song used to be his caller ringtone. secara tak sengaja, I jadi ingat kat dia setiap kali I dengar lagu ni. dengan kejadian baru-baru ni, liriknya seakan menusuk-nusuk. ouuuchhh.


aku terlanjur cinta kepadamu
dan telah ku berikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau bertanyakan
kau bertanyakan cintaku


aku pun tak mengerti apa yang terjadi
apa salah dan kurangku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
kerna sekali cinta aku tetap cinta


ahhhhh, haritu first time dia approach I dulu, tu pon lambat. I lupa nak cerita haritu. malam yang lepas I dah balik tu, dia ada tanya dekat kawan I pasal I. and that makes the first time he ever wanted to care about me. dah terlambat kan? :') takde satu pun benda yang betul dalam relationship ni. i guess the only right thing in the relationship is the feeling. my heart never lies. so loyal. but it can't be honest anymore.



pernah dengar tak, the losing side is the one that loves more. and therefore i'm always a loser because my feeling is deeper. sekarang, banyak mana pun I nangis, I tak boleh nak honest dengan dia dah...




okey, post ni tergendala kerana gangguan emosi yang mendalam......................

20111031

Perjalanan Mencari Cinta Pertama




perjalanan mencari cinta pertama
aku pun tak pasti apa tujuannya
mengisi masa berbaki yang ada
atau ingin memberi peluang kedua
tapi nyata,ini lebih sukar dari yang dijangka
kerana keduanya hanya membisu tanpa kata
aku menunggu dia memulakannya
dan dia tetap dengan keegoan seperti bata




perjalanan mencari cinta pertama
nampaknya bakal berakhir dengan sia-sia
sampai ke hujung belum punya khabar berita
mungkin benar, aku masih menunggu si dia
mungkin dia juga menanti aku memulakannya
dan aku, ya, tetap jua keras kepala
tiada peluang kedua, tapi 'selamat tinggal' yang kedua
ini saatnya untukku terima, MEMANG BUKAN JODOH KITA...



8.57 am
30 okt 2011
USIM
KK1B-A3-01




p/s: perjalanan mencari cinta pertama yang dirasakan amat panjang
-moga Allah redha-

20111030

dear alia - kecewa... mungkin broken hearted kot?


sori alia, I tak boleh cerita lagi what actually happened sampai I balek rumah buat kali kedua minggu ini. tapi I jumpa satu lagu yang memang sebijik kot dengan situasi I hukhuk. kecewa? marah? entahlaaah I pun tak tahu perasaan apa ni.


yang I tahu, I menangis bawah shower lagi. ingat tak dulu telinga I pernah kena infection - sebab masuk air - sebab I meroyan bawah shower - sejak tu I janji dengan diri sendiri taknak buat lagi. tapi hari ni I buat lagi. sedih sangat kot. tulah description yang paling tepat.





sedikit waktu yang kau miliki
luangkanlah untukku
harap secepatnya datangi aku


sekali ini ku mohon padamu
ada yang ingin ku sampaikan
sempatkanlah


* hampa, kesal, dan amarah
seluruhnya ada di benakku
andai seketika hati yang tak berbalas
oleh cintamu


** ku ingin benar melampiaskan
tapi ku hanyalah sendiri di sini
ingin ku tunjukkan pada siapa saja
yang ada bahwa hatiku kecewa


sedetik menunggumu di sini
seperti seharian
berkali ku lihat jam di tangan
demi membunuh waktu


tak kulihat tanda kehadiranmu
yang semakin meyakiniku
kau tak datang




p/s: mungkin betul, hati I tunggu dia, berniat nak bagi peluang kedua. tapi sampai keakhirnya, tak pernah sekali pun dia buat something really right -- NOT TO HURT MY HEART. i guess we (me and him) are the one who are not going  to work no matter how hard we try.



anyway, sori kalau u tak paham post ni...

20111019

dear alia - falling in love

dear alia,


hey hooo tick a dee~ haha apekah. today, first time i kongsi payung dengan boy hahaha. jangan jeles oke sayang XD it's the moment that i actually really understand how people can fall in love by sharing an umbrella. hahaha i'm not saying me la tapi yeahh i can feel the romantic part KAHKAHKAH.


okey jangan salah faham taw. i masih lagi the queen of philophobiac hahahahaha. but i think semakin lama belajar in department geology i might be cured from that love-disease ngehngehngeh. bukan apa, boys here treat me better than our classmates dulu. sini takde double double standard. and so i am free to be friend with everybody who want me as their friend kehkehkeh. tapi jatuh cinta tu jauh lagi kot LOLOL :P


maybe there is still some trace of "his" memory inside me hukhukhuk. sampaikan bila bersembang dengan dia sampai tak ingat pon dulu dia pernah buat kesalahan besar gila. dan sebenarnya bila bergelak ketawa dengan dia dalam telefon selalu buat i tertanya-tanya "if he is mine, would thing be different?" or "would thing be different if he is mine?" hahahaha oke sama je ayat tu =,=


TAPI



tadi masa i berfikir-fikir, i dah putuskan no matter what happen after this, i dengan dia hanya akan stay as kawan je. kan kan kan. lagipun i dah ada u kehkehkeh XD i nak hidup macam ni sampai bila-bila. lagi selesa macam ni. and satu hari nanti bila i dah ada banyak duit barulah i nak jatuh cinta macam dalam drama korea hikhikhik.




hidup tanpa cinta
sengsaralah jiwa
sengketa dan dusta
yang merajai jiwa
di batasan cinta
syariat terjaga
tanpa keraguan
tanpa kesangsian


-kalimah cinta~inteam-



manusia tak boleh hidup tanpa cinta. saranghae laling<3 :P



p/s: i nak cari husband perangai macam u kuikuikui

20111016

Hati Pink





living all the way
as philophobiac
still the same




stay strong,
heart.

20111014

dear alia - minggu perasan hensem sedunia. ehhhhh?

dear Alia,



yesterday i got 8.5/10 for the test of subject INTRODUCTION OF EARTH. it was good.. hm hm. though i was not in the top 4 kuikui. but somehow my popularity is increasing that i got so much extra limelight hehehe. pehe tok apo aku ghoyak ni? 



hahaha bukan itu yang i nak cerita lah. tapi yes, i rasa macam popularity at geology department is so much higher than dari dekat PASUM or dekat SAMTAJ. suddenly aku rasa famous gitoo.



dan benda ni bukan bermula dari markah test je. i am also the one yang tolong mereka fotostetkan buku2 geology, so dorang kenal i as "the-girl-yang-fotostet-buku" hahaha. Publisiti murahan gila =,=. dan i think it started even before i tolong fotostetkan tu kahkahkah.  maybe masa minggu interaksi senior junior at the geology department. eh ada tak i cerita dekat u pasal ni?




this is the picture. yeah comel kan i bila pakai mekap tebal macam ni HAHAHAHA




it was a good event lah, i kenal2 dengan senior, senior kenal2 dengan i kahkahkah. ada one senior ni nama dia bambang tawwww. then masa ice breaking tu i cakap macam ni "nama saya bunbun bukan bambang" yeahh they all laughed though itu cuma lawak kering yang paling kering i boleh buat kuikuikui




nevertheless, i rasa i bukan rasa-famous sebab i  memang-famous. tapi sebab kawan2 baru dekat geology department ni sayangkan i. sayang i mean sayang... hmmm.. sayanglaah. bukan sayang maggi cintan tu taw HAHAHA. they ALL (yes i mean ALLLL) are good new friends :). tapi jangan lupa, i tetap sayang u lebih okey HAHAHA.




tamatlah cerita minggu perasan hensem popular sedunia :P




picture credit : marelyn telun © :)

20111012

dear alia - geology VS chemistry

dear alia,


beberapa hari ni i rasa taksedap hati jerrrr. hm hm. entahlaah i pun tak tahu kenapa but this feeling always comes at night. adakah ini sebab jauh dari Tuhan atau sebab rasa sunyi (you knowww the single-syndrom thingggggs) hm hm.


hailaaaaa, you knowww, semalam i jumpa this-wierdo-yang-gila-kuasa-gila-popularity-perasan-famous segala bagai and he's taking applied chemistry. buat pertama kali i bersyukur i amek geology dan bukannya chemistry (awwhh you know how much i love chemistry aiteee) menyampah gilaaaa. patutlah everybody is like... hating-him-damn-much dan semalam baru i tahu kenapa HAHAHAHA


speaking of the devil, arghhh. you'know he's kinda famous at the koleeeejj during the MHS becos he's the ***** (can't tell u because it's the country secret HAHAHA) and then of course everybody in the college knew him aiteee. boleh pulak dy sembang dengan i tetiba tanya macam ni "kenal saya tak?" dengan muka-penuh-harapan-i-akan-cakap "kenaaaall" aawhh too bad that i said "tak. tak kenal pon" grrrr geramlah dgn budak berlagak nak mamphuss gitu. hm hm


poyo nak mamphus itu budak. dahla bila i cakap i amek geology dia gelakkan. cuba sebab i belajar pasal batu. ceyttt dia ingat amek chemistry tu power gila. lepastu boleh pulak berlagak dgn i pasal chemistry. dia ingat i tak pandai chemistry ke apa grrrrrrrrr! aaahhh! i'm gonna be more success than him someday!


yeah that's the second point kenapa i bersyukur i amek geology. at least i tak pandang rendah dekat orang yang amek course yang tak berapa nak femes hukhukhuk :P so that's all. the story of a frustating day while waiting for the bus. dah la bas lambat sampai. terpaksa pulak dengar dia berlagak kat telinga ni. doakan i don't bump into him anymore for the next 7 semester okay. teheee okebai :D

20111004

the one & only



the one & only
yang buatku berdebar setiap kali




the one & only
yang seru namaku di kala sepi




the one & only
yang bikinku kecewa beribu kali




the one & only
yang bisa bicara satu jam tanpa henti




the one & only
yang buat tangisanku tak bertepi




the one & only
yang masih ku simpan memori dalam hati




the one & only
yang mungkin masih ku nanti...







4/10/11
7.41 PM

20110903

Purplish White Orchid - Anggerik Putih Keunguan












August 27
A cloudy morning
deepened effect



Sayonara Forever, Baby =')

stalking my mum, while she was doing her garden chores




crossed arms babaaaay! :')











having a great boredom after being stalked my me. HAHA!





Playing hide and seek or I would rather say - running away from the annoying amateur photographer HAHA




a myvi of my mum's friend, which she parked at our lawn - temporarily of course
and I was like,

"haaa duduklah situ.titewww tangkap gambar ni tunjuk dekat dieee awak duduk atas kete dieeee"




what do you expect from a cat?

he give me another pose! HAHA







Sayonara Gembob. sayonara Mimi. we'll be missing you guys :')





august 27, 2011
the day before he was missing 

20110901

Wood in Art Perspective








a dead rambutan tree
a trimmed curry plant


august 27 | 9 a.m
XOXO, bunbun

20110827

The Despicable Beauty

a mouldy brick 



orchid vines



wormy-like plant's root



the drainage



domestic nature
august 27
9 a.m
XOXO, bunbun

20110823

Giveaway kad raya dari abam Lah VE versi New Zealand!


Kahkahh. Geli yaw baca tajuk entry XD anyway ni GA pertama dalam blog ni. Tah apa pasal tah mengigau nak join GA. Yang penting aku nak kad raya tueeeeeeeeeeeeee. Ohmaigoatt. ßkesian dah lama tak dapat kad raya. So hopefully abang addy yang comel macam lah VE boleh lah buat-buat terpilih saya untuk menerima kad raya itu hakhakk.







Nak join klik sini nohh





p/s kalau nak kontek tu biaq awal-awal sikit ke. 
takut nak balik kampung jeaaaa ßPerasan boleh dapat XD


Ramadhan




Sesuatu yang dinanti sedang tiba
Kurniaan yang ditunggu sedang menjelma





Moga aku kan berusaha
Mencari keharuman syurga
Berlumba menambah pahala
Dan zikir* merantai jiwa





Moga aku kan bersama
Mukmin-mukmin yang Kau redha
Mendamba sesuatu yang berbeza
Dari Ramadhan yang sama





Moga takkan disia-sia
Sebuah kemenangan yang mulia
Doa seorang hamba yang hina
Kepada Tuhannya Sang Pencipta





Rabu 11.40 malam
12 sept 2007
30 Sya’ban 1428H






taken from :

BILA SENDIRIAN


200511 KK12 8.20PM




bila sendirian
baru terasa kerdilnya aku
tak siapa mendengarkan
tak siapa pedulikan






bila sendirian
baru terasa mahu bersujud
berharap pada Yang Satu
meminta pada Yang Kuasa






bila sendirian
baru hati lunak terbentuk
air mata menyesali dosa
jiwa haru terkenang noda






bila sendirian
baru sedar kekuasaan tuhan
kerana cinta-Nya kita di dunia
kerana cinta-Nya, kembali jua






bila sendirian
baru teringat sakitnya mati
dunia indah kan ditinggalkan
kelak tetap akan sendirian...






taken from:

MAGICIAN 2#

sekali terlihat kamu
terpikat pada bakatmu






dua kali terlihat kamu
tak percaya kau didepanku






tiga kali terlihat kamu
aku pasti itulah kamu!






empat kali terlihat kamu
kamu pula menegur aku :)









taken from:

MAGICIAN 1# - mimpi palsu



Antara aku dan kamu
Yang ada hanya kisah yang satu
Di mana aku temui kamu
Kamu yang membuatku tersenyum jitu





Antara aku dan kamu
Bukanlah persahabatan menjadi janji
Yang ada hanya mimpi palsu
Entah bila akan terealisasi




Antara aku dan kamu
Hanya bertegur tika bertemu
Siapalah aku mengharap kamu
Setiap hari menghibur aku





Antara aku dan kamu
Hanya aku mengagumi kamu
Senyap-senyap menjadi pemujamu
Walaupun hanya dalam mimpi palsu




AM 1.29 101208







taken from:

UNTITLED 6# - tanpamu

Cinta itu membuat aku kukuh
Aku bangun setelah jatuhku
Cinta itu menjadikan hatiku teguh
Tiupkan semangat dalam hidupku




Kini, setelah kau pergi
Aku masih lagi mencari
Mencari kekuatan di dalam diri
Agar hati tidakkan rapuh lagi





Ketika sepi merajai diri
Aku masih merindui kamu
Hanya mampu kotakan janji
Terus tersenyum walau tanpamu








taken from:


UNTITLED 5# - hanya bahagia





Setiap kali aku melewati kenangan kita
Apa yang kurasa adalah bahagia
Biarkan yang pahit itu hilang semua
Sentiasa kuyakin ada hikmahnya..


:)






taken from:

UNTITLED 4# - cun saja



Dalam hati yang membeku
Beku namamu bersama di situ
Hati itu kini tidak lagi mengenal pilu
Kerana yang aku tinggalkan hanya kenangan jitu
:)




taken from:

UNTITLED 3# - gadis biasa



Aku gadis tiada rupa seberapa
Tidak boleh kau banggakan juga
Apalah adanya,kerana ia kan pudar juga




Bibirku tiada kata manis berbisa
Tidak mungkin kuukir di tugu cinta
Apalah adanya, sekadar kata-kata




Aku hanya punya hati pencinta
Andai kau berikan aku bahagia
Akan ku buktikan dengan setia






Karya celaru hati haru biru 3# - KISAH HATI (the finale)





Hati ini sebenarnya keliru
Hati benar-benar suka kerana suka
Atau suka kerana kesunyian










Hati kata suka kerana kelucuannya
Hati kata suka kerana sikapnya
Tapi hati juga kata dia perlu dimiliki
Tapi kali ini hati kata pelu memiliki kerana sepi









Hati rasa gembira
Kerana hati senang dengan pekertinya
Tapi hati juga menangis
Kerana tahu dia tidak mungkin dimiliki
Tangisan hati itu akhirnya terzahir
Zahirnya pada riak wajah dan air mata 







Hati katakan pada aku
Agar aku luahkan semua
Hati katakan pada aku
Agar aku hentikan rasa
Biar hati tidak lagi terluka








Hati sebenarnya sangat terluka
Bila aku katakan pada dia
BIAR KITA AKHIRKAN SEMUA








Tapi aku tahu juga
Biar hati terluka hari ini
Biar air mata mengalir malam ini
Supaya satu hari nanti
Hati tidakkan lebih terluka









Aku telah katakan pada dia
Aku sukakan dia
Tika itu hati berlagu riang
Dan aku juga telah katakan pada dia
Biar hari ini jadi pengakhirnya
Dan mengapa tika itu hati menjadi pilu?









Gembira kerana menyedari bahawa hati sangat berkenan
Dan pilu kerana hakikat tak bisa memiliki itu sangat menyakitkan









Pada hari aku katakan pada kau
AKU SUKA KAU
Itulah harinya aku menutup kembali pintu hati 









TUHAN, aku pernah minta pada-Mu
Agar bekukan hati ini dari cinta dunia
TUHAN, hari ini kau kabulkanlah sekali lagi
Biar hati ini tenang akhirnya…








8.57 pm 13/5/10
In front of JEANS STUDIO
Jusco serdang




Karya Celaru Hati Haru Biru 2# - HATI KITA ADA TAMAN

Sayang,
Kau kata dalam hati ada taman
ADA
Tapi taman musim luruh
Sedih berpanjangan
Tiada bunga-bunga cinta





Sayang,
Aku kata dalam hati ada taman juga
ADA
Tapi taman musim sejuk
Beku berpanjangan
Tiada bunga-bunga cinta






Bolehkah aku terus berharap
Agar transformasi terjadi
Biar hati kita ada taman musim bunga
Bahagia…





Karya Celaru Hati Haru Biru 1# - BUKA BUKU BARU

Sayang
Akan ku nanti kata cintamu
Biar berkurun akan ku tunggu
Biar berzaman ku takkan lesu
Ku tahu dirimu dalam hatiku





Sayang
Akan kujadi pencinta sejati
Biar hatimu tak pernah sudi
Biar kasihku kau tak pernah cari
Seluruh jiwa akan ku abadi






Sayang
Akan kutunggu dengan setia
Biar hatimu jua kan rela
Biar pintunya luas ku buka
Akan kau lihat tulusnya cinta







Taman tasik biru Kundang, rawang
11.12 malam -ahad- 2542010





taken from here:]

UNTITLED 2#


hati yang jatuh berderai
kerana merindukanmu..
serpihannya jatuh menusuk ruang hitam..
begitu sakit ku rasakan..





hati yang kosong sepi
kerna terlalu memikirkanmu
berjalan jauh dalam kenangan..
sudah ku lupa kau bukan lagi milikku...





hati yang beku tanpa perasaan..
belum bisa melupakanmu..
terbang jauh dalam ingatan..
walau ku tahu takkan pernah berulang..





dulu.
aku ada satu hati
hati yang berbunga-bunga
hati yang tersenyum di saat ada kamu
hati yang sentiasa hidup dengan harapan
hati yang kau jaga sebaiknya





hati aku
begitu mudah kau campak
sepak sepak
tapi ku masih merindukanmu
hati yang pernah kau buang itu
hari ini masih merindukanmu.






Hari ini
Hati aku mencari kasih
Mungkin terselit di kaki lima
Mungkin aku perlu merangkak
Untuk menagih kasihmu










taken from here :]



SATU RASA


satu rasa
rasa yang kau beri
pada malam-malam kelam
pada bintang-bintang terang
kau selalu ada..



satu rasa
rasa yang buatku bahagia
pada kenangan-kenangan silam
pada cerita-cerita semalam
hanya kau dan aku



satu rasa
rasa yang menusuk kecewa
pada hati-hati beku
pada jiwa-jiwa kaku
tiada lagi KITA



satu rasa
rasa yang berlalu pergi
bersama mimpi-mimpi palsu
bersama impian impian itu
tidak lagi percaya
CINTA




28071010054




taken from here :]

UNTITLED 1#




kenapa diri tak pernah diberi peluang
walaupun bahagia sudah lama menanti
kenapa hati masih berpaling ke belakang
ketika di hadapan sedang muncul pelangi…



21/2/10
6.50 a.m 







taken from here :]

20110625

Blogging tips 2# - identity

dear ALIA,

take your time untuk cari identiti sendiri dalam menulis. it was hard for me when i started blogging on my own. takde siapa nak mintak tunjuk ajar, takde siapa nak ajar free free. hehehh. that's why my blog tak femes dan tuannya pon masih low profile hagagagaga.



ada yang menulis sebab nak trafik


means bila trafik dia tinggi, duit nuffnang pon senang masuk. so dia tulis entry entry berinformasi yang memang takde kaitan langsung dengan diri dia. tapi trafik dia sebulan fuhyooooo doplohjuta view sebulan. tsk tsk jeles mak. aku punya tak pernah sampai lima ribu pon untuk sebulan. tsk tsk

eg : http://blogserius.blogspot.com/



ada yang menulis sebab nak simpan memori


kira macam diari online laah. blog macam ni selalunya kurang peminat sikit. kecuali kalau anda adalah seorang artis hugugagaga. senang-senang je orang nak follow senang senang je jadik femes dalam dunia ni. hahahaha. tapi kalau kau tulis blog macam ni tapi ada loyal reader memang kau lucky weh.



contoh blog personal yang aku baca dari dulu sampai sekarang.
http://greenstrawberryheaven.blogspot.com/

aku tak tahu apa yang best kat sini. tapi aku baca blog ni dari sebelum dia kawen, lepas kawen, mengandung sampai dah beranak haaaaa aku masih baca blog dia huakaka.


contoh blog artis yang orang suka nak follow
http://inibelogsaya.blogspot.com/

dia cerita pasal private life dia jugak. tapi I admit la kan. entry dia memang best jugak kalaupun dia bukan seorang artis. tehehehehe


blog yang untuk simpan memori atau blog personal jugakboleh jadi blog yang menarik kalau ditulis dengan gaya dan setail sendiri


contohnya macam cik epal http://cikepal06.blogspot.com/
dulu masa aku follow dia baru 300+ je sekarang dah 10000+ haha sebab blog dia memang best weh. cun aje. ada personality sendiri


blog personal ni pon akan lebih menarik kalau kita ada rupa yang menarik. muehehehe. kira macam bonus gitu laaah

contohnye macam kak maria elena kita ni. http://peliks.blogspot.com/ dia cantik menarik. dan entry yang dia tulis pon ada personality. try tengok vlog dia dekat youtube muahaha kelakar habis. she's funny though


tak pon macam kak ezmaliza ni http://ezmaliza.blogspot.com/ dulu blog dia biasa-biasa je. mungkin sebab orang pon tak berapa kenal dia. tapi since dia dah jumpa identity dia and dia banyak tulis entry pasal hobi dia, yeaaah she got it =D hehehh


ini lagi satu. http://sherahxoxo.blogspot.com/ though dia tak berapa mesra dengan visitor dia. tapi dia cantik woaaaaaah. model lagi tueeeeeeeeeeeeeeee. sebab ni ke aku follow dia dulu? haha


miss lolly ni pon menjadi pujaan ramai. http://lollylurveff.blogspot.com/. though dia bukan model tapi dia ada setail sendiri dalam menulis. huahua.




ada yang menulis untuk berkongsi minat dan ilmu. eh yang ni tak sama ke dengan yang kedua? HAHA

http://ahmadnazrii.blogspot.com/ yeahhh yang ni memang lain dari yang lain. dia suarakan pendapat dia tapi bukan dengan cara biasa-biasa

http://kucing2terbiar.blogspot.com/ another yang aku suka. blog ni cerita pasal minat dia untuk jaga kucing-kucing terbiar. tapi serius! aku suka baca. kadang-kadang boleh khatam semua entry-entry dia. kadang-kadang sampai menangis baca. hukhuk. mungkin sebab aku minat kucing kot? ko kan suka jugak. mesti suka. hehehehehe =P




so, setelah panjang bercakap;


Carilah identiti sendiri. tsk tsk. aku pon belom jumpa identiti aku huahua



ehokebai!

Komen berkomen dikomen pengomen. PENTING SANGAT KE KOMEN NI?

copied from here: http://muqarrabeen.blogspot.com/2010/04/komen-berkomen-dikomen-pengomen-penting.html  HAHA


Sejak bila komen mengomen ni menjadi hobi pon aku tatawulah hehh. Hikhik. Yang aku tawu, bagi aku, entry tanpa komen umpama macam blog yang tak bernyawa. Hukhukk. Aku je kot yang rasa macam tu. Tak tawulah kau orang rasa macam mana kann. Laen orang laen kaki. Apekah? :P



Selalunya, kalau aku baca entry sesiapa mesti aku nak komen jugak. Dah jadik macam kalau aku tak komen rasa macam kurang oksigen uh uhh tabole bernapas tolong! Tolong! Ngihahahaha:D sila paham contoh melampau lalalalala:P kalau kat fesbuk tu, kalau boleh sume benda yang aku nampak aku nak komen. Ecececece. Sila percaya yang aku tipu hakhak:D



Benda yang aku suka buat kalau aku komen kat blog makhluk-makluk adelah mengusha itu word verification. Miahahahaha:D apesal pelik sangat pompuan ni lalala:P aku pon tatawu kenapa kalau aku nampak word verification pelik-pelik mesti aku gelak hak hak hakk. Oke aku tipu lagi. Mesti aku akan cakap “uii pelik gila menatang hape ni.” ahaks:D



Word verification dekat fesbuk memang boleh difahami kot. Tapi dekat BLOGGER.. tettttttt! :P pelik yang amat ohoii. Memang buleh wat tambah kosakata miahaha:D


---------------------------------------------------------------------

sirius black aku tatawu kenapa aku simpan word verification yang berikut. saje nak buat bahan gelak ketawa pada masa lapang kut lalalalala :P


Selalu aku pergi bio lab, physics lab, chemistry lab. Tak pernah pergi lagi tiolab. Uhukhukk T__T



Mungkin ‘problem’ dalam bahasa sepanyol? Bahasa orang asli? Afrika selatan mungkin?? Tak sempat nak cek kamus dewan aritu lalalala:P




Apa yang lucu sangat? Aku tatawu kenapa aku rasa macam word ni gabungan antara cencaluk dan budu. Merepek hak hak hak! :D



Kabhi kushi kabhi gam? Kabil qushri kabil igam? Entahhhh T__T




Aku tawu ada subjek biology, astrology, sekian sekian tapi tak pernah tawu deologi. Mungkin bejajar pasal DEALOVA? Atau seorang jejaka kacak berlesung pipit bernama DEO?




Siyesly festaim aku jumpe perkataan bahasa melayu. Hoyeh! Bangga! Ahakhakk:D kalau tatawu ape maksud MINAT memang nak kena cabot bulu hidong miahahahahahahaha:D




Ini macam nama orang. Nama bangla mungkin? Kalau ade sesiapa pernah jumpa BUNBUN ataw FAHERAH sila bagitaw oke. Aku nak kembangkan lagi hidung yang dah sedia kembang ni hak hak hak:D




Mistik? MISS + STICK? Rindu batang kayu? Hehhhh T____T



Sirius aku teringat kawan aku yang orang panggel UNTA. Hahahaha:D ini macam orang malas nak bercakap. UNTA + APA = UNTAPA. Miahaha:D unta apa weh? Hakhakk. Hei tak lawak ponn T_____T




Dua kemungkinan. Dia nak eja SUPER tapi tersalah. Ataw nak eja SUPPER tapi tertinggal huruf E. hahahaha:D fikir-fikirkanlah dan selamat beramal :D


---------------------------------------------------------------------




Cukuplah banyak ni. Takkan semua aku nak condemn kot. Miahahaha:D silap haribulan abes tak boleh sign in blogger tak boleh hapdet pastu aku menangis kau orang pon menanges. Motif? Sebab kau orang rindu entry aku. Wakakakakaka:D



Aku sebenarnya tak kesah langsong kalau ada word verification ni sebab macam aku cakap tadi, bila aku nampak yang pelik-pelik, aku gelak hak hak. Hehh. Kan aku da cakap tadi aku tipu. Hukhukk. Hei ape menatang pelik ni lalalala:P



Yang aku kesah adelah comment form yang bermasalah. Huhuhuuu! Hei aku kesah ni! Huhuhuu! Selalunya masalah ni akan wujud bila seseorang blogger guna word verification dan buat comment form tu embedded under post.




Sila faham aku tak boleh nak tulis word verification tu huhuhuu! Nak bace word verification pon tak lepas huhuhuu! Ni naseb baek aku tulis pendek-pendek je. Kalau aku tulis panjang-panjang tetibe tak bole nak submit memang grrrr! Hoi rahse nak campak laptop huhuhuu! Emo hakhak:D



Nah contoh kedua. Tengok contoh je pon aku da grrr! Hahaha. Siape punye entry la yang aku nak komen ni. Hahahaha:D siapakah?





So, solution terbaek adelah dengan betolkan comment setting kepada POP-UP WINDOW ataw FULL PAGE tapi aku lagi suka pop-up punye. Kehkehh! Terbaek! Miahahahaha:D sebab senang nanti nak baca entry-entry yang laen pulak.






Oh ye, nak tambah lagi satu. Satu lagi kalau aku nak komen tapi tak boleh. Kalau memang dia saje tak bagi orang komen aku tak kesahla. Ini yang memang tak tawu yang entry dia tak boleh komen. Hahaha. Dush! Err. Dulu aku punye blog pon tak boleh komen. Hahahahaa:D naseb baek cik epal bagitawu baru aku tawu. Biasalah, newbie lagi. Heee:D



Kalau tu memang blog kengkawan aku memang aku dah bebel bebel dah. Woi blog kau tak boleh komen apesal cepat betolkan setting aku nak membebel dekat tempat komen pon tak boleh sila faham aku nak membebel cepat betolkan setting kau lah wehh wakakakaka! Ade rasa macam nak ikat mulut aku tak? Ahaks:P



So, silalah spotcek blog masing-masing. Agak-agak kalau pelik semacam kenapa tak ada komen tu mungkin sebab setting tak betolla tu. Tehehehe:D




p/s : ohh hari ni aku dah enable WORD VERIFICATION dekat blog aku. Soo, sila komen entry ni dan nyatakan apa word verification yang kau orang dapat. Tehehehe:D






sekian dari mak nenek yang suka membebel ;)