20100419

KALAU MEMANG AKU MAHU. *tapi aku tak pernah mahu*


Kalau memang aku mahu
Aku akan biarkan kau melihat
Semua luka di hatiku ini
Biar kau tidakkan pergi


Kalau memang aku mahu
Aku akan biarkan kau mendengar
Betapa aku masih menyayangimu
Biar kau tak sanggup pergi


Kalau aku memang mahu
Aku akan biarkan kau membaca
Setiap lakaran rindu di hatiku
Biar kau sesal mahu pergi


Kalau aku memang mahu
Aku akan biarkan kau merasa
Apa yang kurasa bila kau tiada
Biar kau takut tuk pergi


Kalau aku memang mahu
Aku akan biarkan kau menyentuh
Setiap kenanganmu bahagia
Biar kau tak mampu tuk pergi


Tapi aku tak pernah mahu
Kerana aku tahu hatimu akan pilu
Kerana aku tahu jiwamu akan haru
Kerana aku tahu tangismu akan menderu


Biar aku menanggung semua derita
Aku akan pergi…
Asalkan kau terus tersenyum
Aku akan cuba bahagia…


20100307

SENYUMANMU *aku tak pernah lupa*


bila aku menatap gambarmu
seolah aku melihatmu tersenyum
pada kali pertama aku melihatmu


dan senyuman itu
membuat aku tersenyum selalu
membuat aku rasa bahagia


pernahkah kau tahu
setelah kau pergi
hati ini telah membeku
beku bersama senyumanmu yang pergi meninggalkan aku



Tuhan, kekalkan kebekuan ini bersamaku... jauhkan cinta selain dari cinta kepada-Mu..

20100306

THE PERFECT ONE *bukan aku – aku tak pernah bertakhta dihatimu*

hati ini selalu tertanya
relevan di atas perpisahan itu
logika di atas keputusan itu


kemudian aku seakan tersedar
selama ini aku tak pernah layak bagimu
aku tak pernah pantas berada disisimu


aku tak pernah punya apa-apa
tiada yang boleh aku janjikan padamu
tiada jaminan untuk membahagiakanmu

----


maka, biarlah keadaan hanya seperti ini.
kau pasti bertemu THE PERFECT ONE.
aku akan mendoakan



aku telah rela melepaskan… pergilah wahai sepi.. pergilah wahai rindu… tenanglah wahai hati..

20100301

KATA PUITIS INI *akan selalu menemaniku sebagai pengganti dirimu*


1
kata puitis ini
ku tuliskan ketika aku tahu
bahawa kau takkan jadi milikku

kata puitis ini
ku tuliskan berjilid padu
betapa dalamnya perasaan itu

kata puitis ini
ku tuliskan semua yang lahir dari hati
betapa ku harap kau fahami


2
kata puitis ini
pernah aku tinggalkan sendiri
kerana kau telah menjadi tempat aku berkongsi

kata puitis ini
pernahku simpan dalam memori
kerana telah terzahirnya perasaan suci



3
kata puitis ini
kini aku tuliskan kembali
ketika aku terasa begitu sepi

kata puitis ini
kini menjadi berjilid lagi
ketika kau tidak lagi di sisi

kata puitis ini
kini menjadi madah berseni
hanya menyentuh hati yang memahami



******

tahukah kamu
aku masih merinduimu

andai kau pernah tahu
pasti aku tidak menulis kata puitis ini di sini



*tahukah kamu.. aku kini begitu sunyi*

20100227

IMPIAN *antara impian itu ada kau dan aku*

dulu
aku punya impian yang satu
impian untuk bersamamu


dulu
impian itu hanya angan palsu
aku bukan sesiapa tanpamu


dulu
dengan tanganku
aku mencapai impian itu


dulu
ada kisah kau dan aku
ada impian yang kau bina bersamaku


dulu
di setiap impianmu
dicelahannya sentiasa ada aku


dulu
di mana ada senduku, di situ ada kamu
sama seperti impian itu


dulu
pada ada kamu, ada aku
kita telah hidupkan impian itu




kini
aku melihat impian itu
jatuh berderai dihancur bertalu
menjadi debu-debu




salahkah aku masih mengharap pada impian itu?




20100226

SAAT ITU *ketika kau di sisiku selalu

1
kenapa masih mengharap?
kerana aku tak pernah melupakan..






2
saat itu
bila aku kesepian
kau selalu ada

saat itu
bila aku perlukan teman
kau selalu ada

saat itu
bila aku berkongsi kejayaan
kau selalu ada

saat itu
bila aku ketawa dalam tangisan
kau selalu ada

saat itu
kau adalah segalanya




3
saat itu
kau memberi aku kehangatan
ketika aku perlukannya


saat itu
kau berikan aku senyuman
ketika aku sepi tanpanya

saat itu
kau berikan aku kekuatan
ketika aku tiada kemampuan

saat itu
kau berikan aku keberanian
ketika aku dalam kegelapan

saat itu
kau berikan aku perhatian
ketika aku rasa diabaikan

saat itu
kau berikan pelangi dalam hidupku
ketika aku merasakannya kelam

saat itu
kau pinjamkan aku ruang dalam hatimu
ketika aku dalam kekosongan



4
hingga kini
ketika aku melewati kisah pada saat itu
masih terasa kehangatan kasihmu
yang sebenarnya telah mambeku



*adakah kebekuan ini akan mencair semula*

20100205

...hancur...

siapa yang mampu..
untuk mentafsirkan..
setiap rasa yang bertamu kala senja ini..

adakah aku yang berlari..
semakin menjauh dari titisan pelangi..

adakah aku yang mencipta..
semua bayang-bayang duka..

aku..
dan cita-citaku..
hampir lebur..

aku..
dan semua cintaku..
telah hancur..

kuasaku..
yang leburkan segala..

tanganku..
yang hancurkan semua..

mindaku..
yang telah menuruti nafsu..

dan akhirnya jiwa semakin lesu!
iman semakin membeku!!
hati menangis tak berlagu....

p/s: sajak ni dah dipost ke blog yang lagi satu tu. bile tengah jalankan operasi mendelete post-post lama tiba-tiba terjumpa pulak bende ni. sedap sangat sampai tak sampai hati nak buang. hikhik.. so post kat sini pulak.. lalaa:P

20100117

Andai Dia

andai dia sekuntum bunga
petiklah dia bajai dia
agar harumannya kekal selamanya

andai dia seekor rama-rama
tangkaplah dia pelihara dia
agar warnanya abadi keakhirnya

andai dia sebutir mutiara
kutiplah dia simpanlah ia
agar kilauannya sentiasa terpelihara

namun andai dia seorang manusia
dan bukan engkau yang punya
tak layak pula engkau menjaganya
dan kasih cintamu bukan untuknya
lepaskan dia bebaskan dia
kerana dia bisa bahagia
dengan pilihannya


08-09-07
1 : 41 pm
sabtu


kalau kite suka bunga, tak semestinye kene petik...
aku saje je tulis macam tu.. suka hati akulahhh

kalau kite suka rama-rama, tak semestinya kene tangkap
karang mati.. korangla pembunuhnye... ekekeke:D

kalau kite suke mutiara, n kite jumpe pulak kat tengah-tengah jalan...
takkanla nak buat bodo je... aishooo.. hahaha.. tolak tuah namenye tuhh

hmmm.. tapi kalau kite suka kat seseorang, it doesn't mean that we should keep him or her or our own good sake.. maybe,sometime, love means to let someone go.. walaupun cukup pahit untuk kita kehilangan si dia..

that is the best way to love him or her.. to let him or her choose.. senang cite, biar dia buat keputusan sendiri.. haha... sebab, nanti bila dia tersalah pilih baru dia tau yang kita ni lagi baik.. hahaha.. gigit jari sorang-sorangla kau lepas ni.. haha!! jahat gile aku...

dalam bahasa kasarnye, kalau dia dah tak nak kat kite, buat ape nak terhegeh-hegeh lagi.. huhu.. terasa plak aku.:D

so, i let him go... because i love him...

fuhhhh...lega lepas cakap macam ni ;)