20110823

Karya celaru hati haru biru 3# - KISAH HATI (the finale)





Hati ini sebenarnya keliru
Hati benar-benar suka kerana suka
Atau suka kerana kesunyian










Hati kata suka kerana kelucuannya
Hati kata suka kerana sikapnya
Tapi hati juga kata dia perlu dimiliki
Tapi kali ini hati kata pelu memiliki kerana sepi









Hati rasa gembira
Kerana hati senang dengan pekertinya
Tapi hati juga menangis
Kerana tahu dia tidak mungkin dimiliki
Tangisan hati itu akhirnya terzahir
Zahirnya pada riak wajah dan air mata 







Hati katakan pada aku
Agar aku luahkan semua
Hati katakan pada aku
Agar aku hentikan rasa
Biar hati tidak lagi terluka








Hati sebenarnya sangat terluka
Bila aku katakan pada dia
BIAR KITA AKHIRKAN SEMUA








Tapi aku tahu juga
Biar hati terluka hari ini
Biar air mata mengalir malam ini
Supaya satu hari nanti
Hati tidakkan lebih terluka









Aku telah katakan pada dia
Aku sukakan dia
Tika itu hati berlagu riang
Dan aku juga telah katakan pada dia
Biar hari ini jadi pengakhirnya
Dan mengapa tika itu hati menjadi pilu?









Gembira kerana menyedari bahawa hati sangat berkenan
Dan pilu kerana hakikat tak bisa memiliki itu sangat menyakitkan









Pada hari aku katakan pada kau
AKU SUKA KAU
Itulah harinya aku menutup kembali pintu hati 









TUHAN, aku pernah minta pada-Mu
Agar bekukan hati ini dari cinta dunia
TUHAN, hari ini kau kabulkanlah sekali lagi
Biar hati ini tenang akhirnya…








8.57 pm 13/5/10
In front of JEANS STUDIO
Jusco serdang




No comments: