20111031

Perjalanan Mencari Cinta Pertama




perjalanan mencari cinta pertama
aku pun tak pasti apa tujuannya
mengisi masa berbaki yang ada
atau ingin memberi peluang kedua
tapi nyata,ini lebih sukar dari yang dijangka
kerana keduanya hanya membisu tanpa kata
aku menunggu dia memulakannya
dan dia tetap dengan keegoan seperti bata




perjalanan mencari cinta pertama
nampaknya bakal berakhir dengan sia-sia
sampai ke hujung belum punya khabar berita
mungkin benar, aku masih menunggu si dia
mungkin dia juga menanti aku memulakannya
dan aku, ya, tetap jua keras kepala
tiada peluang kedua, tapi 'selamat tinggal' yang kedua
ini saatnya untukku terima, MEMANG BUKAN JODOH KITA...



8.57 am
30 okt 2011
USIM
KK1B-A3-01




p/s: perjalanan mencari cinta pertama yang dirasakan amat panjang
-moga Allah redha-

No comments: